L O L L I P O P


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Thinkerbell story.

Assalamualaikum and hi.
Take a note ! *This story uses malay language*

Tajuk ; My life same as Thinkerbell
Thinkerbell ialah seorang gadis yang sangat mencintai kawan baiknya, Peterpan. Tetapi hatinya patah setelah Peterpan berjumpa dengan seorang gadis bernama Wendy. Walaupun Thinkerbell tahu yang kawannya menyukai Wendy, tetapi hatinya tetap mencintai Peterpan. Dan, kisah tentang Thinkerbell itu sama seperti aku. Aku juga mengalami situasi yang sama. Aku Ayumi. Aku hanya seorang gadis yang suka membuat persahabatan baru di alam maya. Mungkin kerana sifat aku yang malu di dunia realiti. Aku dan Ikumi sudah berkawan selama 4 tahun. Tambahan pula, kami sebaya. Kami berkenalan melalui website game. Dari situlah aku mengenali Ikumi. Semenjak itu kami terus berhubung melalui skype. Kami berborak sampai ketengah malam. Dalam masa itu juga, aku ada hati terhadap Ikumi. Aku menyukai dia kerana sifatnya yang kelakar dan baik. Bukan itu sahaja, kami juga banyak persamaan. Suatu hari aku ingin memberitahu perasaanku kepada Ikumi tetapi malangnya dia menyukai orang lain. Ikumi beritahuku tentang gadis yang dia sukai itu, Akari. Ikumi selalu menceritakan tentang Akari yang dia seorang yang cantik , pandai dan sifat positif tentangnya. Aku hanya mampu mendengar cerita Ikumi. Sejak itu hatiku patah. Aku menyesal kepada diriku , alangkah bagus kalau aku meluahkan perasaan sebelum Ikumi berjumpa dengan Akari. Aku pun mula menjauhkan diri daripada Ikumi dengan tidak online skype. Apabila Ikumi tanya , " Kenapa Ayumi sekarang dah mula jarang online skype? " Aku hanya menggunakan alasan yang aku sibuk. Sebernaya tidak. Sudah 3 bulan aku tidak online skype. Suatu hari, Ikumi menghantar message kepadaku melalui wechat, bertanya kenapa aku sudah tidak online skype. Terlalu banyak cerita yang ingin dia sampaikan kepadaku. Dengan hatinya yang berat, aku online skype. Ikumi sangat gembira apabila mendengar suaraku. Aku juga gembira. Ikumi memberitahu bahawa dia pun telah bersama dengan Akari. Hatiku berasa sedih apabila Ikumi berkata begitu. Sedih yang amat. Apa boleh buat, aku hanya simpan perasaan ini. Mungkin jika aku berjumpa dengan Ikumi di dunia realiti, akan ku memberanikan diri untuk meluahkan perasaanku kepadanya. - Tamat -
Note ;
Ikumi budak lelaki tau ! :)

Thanks for reading this cerpen pendek ini ! Love you guys !

0 comment[s] | back to top